Tanggal 20 November pasti akan tetap dikenang sehingga bila-bila. Pada tarikh ini persaraanku diraikan oleh seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM), Seremban dengan penuh istiadat dalam suasana gilang-gemilang. Tidak pernah tercatat dalam sejarah institut, seorang bakal pesara ditandu oleh pelajar dan diberi peluang mengundang 11 tetamu yang mempengaruhi perkembangan kerjayanya.
Terima kasih Asmah Yahya dan Tan Ying Kee, pengarah dan timbalan pengarah IPGKRM, Mazlan Abu Bakar, Alias Zakaria, Rogayah Tambi, pelajar KPLI Ambilan Jun 2009 dan semua yang terbabit dalam Perhimpunan Budaya yang memungkinkan sejarah baru tercipta. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada 11 tetamu yang sudi menyambut undangan – Rohani Mohamed (isteri tersayang), Putri Kamariah Megat Ramli (pengetua pertama sewaktu di IPGKRM), Mahaya Mohd Yassin (Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan), Sabariah Maarof (banker), Dato’ Rohani Shariff (mantan pengetua), Abd. Jalil Abd. Ghani (mantan Timbalan Pengarah), Asmah Yahya (pengarah), Mohd Zulkafli Maulud (rakan sekerja) dan Azalina Jamaludin (mantan PA).
Cikgu Normah Hamid (guru yang dapat mengesan bakat menulisku) dan Elias Md. Hanafiah (mantan Timbalan Pengetua dan mentor pengurusan) tidak dapat bersama kerana ada urusan di hospital.
Terima kasih juga kepada Wan Mahamad Saad Wan Chik yang mencetuskan idea `Sang Pencerita’ di Hotel Seri Petaling serta Mohd Zulkafli Maulud dan Abd. Rahim Aris, sahabat yang sudi menyumbang suara emas mereka melalui lagu `Senyap dan Sunyi’ dan `Perasaan’. Geng! Sudi apalah kiranya menjadi art director dan artis Storyteller Production Sdn Bhd.
Kepada anak-anak buah di Jabatan Teknologi Pendidikan khususnya Baharum Shariff, Rekkeman Kusut, Safian Rashid, Yefrizal Nadzir dan Azuwa Halili – suaramu memang memikat.
Rasa terhutang budi juga aku ungkapkan kepada pelajar-pelajar yang sering bersama-samaku mengendalikan penerbitan akhbar harian sempena program anjuran Bahagian Pendidikan Guru yang terus memberi khidmat menguruskan penerbitan video sempena persaraan ini. Syafiq, Hanafee, Luqman, Hilmi, Aminina, Thaqif dan lain-lain – saya menyayangi kamu!





Sir, usaha ini sangat bagus memberi saya juga peluang untuk menulis walaupun tidaklah pandai sangat. Siapa tahu satu masa nanti saya boleh menjadi penulis yang bagus dan baik seperti tuan. Saya akan berusaha untuk menghasilkan karya walaupun buat pertama ini semestinya tidak sehebat karya tuan.
Terima Kasih Tuan Haji..!
Salam.
Terima Kasih di atas segala-galanya
Dan Salam Kemaafan di atas apa yang terkasar dan terlanjur kata.
Moga berjaya dalam kehidupan seterusnya.
Tkasih