Malaysia mempunyai tradisi lisan yang kukuh. Tanpa dapat dikesan titik mulanya, sejak sekian lama kita dihidangkan dengan pelbagai cerita – lagenda, mitos, kepahlawanan, humor, sedih dan pelbagai lagi. Sejak kecil lagi kita terdedah dengan watak Hang Tuah, Mahsuri, Pak Kaduk, Puteri Gunung Ledang dan lain-lain. Cerita-cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut, ditokoktambah dengan pewarnaan setempat serta diberi treatment mengikut kesesuaian khalayaknya.
Selari dengan perkembangan masa, cerita-cerita ini telah didokumenkan melalui buku, CD atau dijadikan siri televisyen, teater atau difilemkan. Secara fitrahnya, manusia memang gemar bercerita atau mendengar/ menonton cerita.
Manusia suka bercerita. Manusia suka dengar, baca dan tengok cerita. Sewaktu manusia tidak tahu tulis baca, cerita disampaikan melalui apa yang ada; mulut, kuis dan tepis tangan yang kemudian dikenal cerita rakyat. Cerita yang sama diturunkan dari masa ke masa dengan tokok tambah dan warna; sehingga tidak tahu siapa pencerita asalnya. Waktu berubah, teknologi bertukar. Hasilnya, cerita boleh dikongsi dalam bentuk apa sahaja. Cerita ada dalam tv. Cerita ada dalam CD. Manusia sanggup berasak di panggung untuk tengok cerita. Manusia sanggup bayar tinggi untuk ketawa dan takutkan dirinya. Apa kata kita kongsi cerita? Cerita apa saja.
Tradisi ini perlu diteruskan. Warisan silam ini perlu dipertahankan. ceritapasaja merupakan wadahnya.
Leave a Reply