LANGKAH 1
Buat permulaan, Ciptakraf Publishing & Distributor menyediakan 10 kategori cerita seperti jadual di bawah. Saya akan membantu pembaca untuk menghasilkan manuskrip anekdot yang diperlukan iaitu:
- Pendek (sekitar satu atau dua halaman A4).
- Ada cerita (ada tema, plot mudah).
- Penyampaiannya bersahaja.
- Ada unsur pengajaran (memberi manfaat)
- Menarik (humor, sedih, memberi motivasi, mencetus inovasi dan pembaharuan dan sebagainya).
- Cerita benar berdasarkan pengalaman sendiri.
- Karya asal (bukan saduran atau diciplak). Pengesahan akan diperolehi melalui borang pengakuan penulis.
Bagi memudahkan pembaca, saya menyediakan contoh cerita bagi setiap kategori.
LANGKAH 2
Pembaca laman web ini akan ditawarkan untuk menyumbang cerita masing-masing. Bagi karya yang terpilih, penulisnya diminta menandatangani borang perjanjian. Nama penulis akan diberi kredit dalam apa juga bentuk penerbitan.
LANGKAH 3
100 cerita bagi setiap kategori akan dibukukan. Buat permulaan lima kategori diterbitkan serentak untuk memberi dampak pemasaran.
LANGKAH 4
Penerbit akan berusaha untuk menjadikan koleksi ini sebagai siri di radio dan membangunkannya dalam bentuk siri televisyen.
PENUTUP
Penerbit yakin ceritaapasaja akan menjadi jenama terkemuka. Marilah bersama-sama kita membangunkannya!
Berminat?
Hubungi: Zulkifli Abu – 013-399 7395 atau zulkifliabu@ceritaapasaja.com
Laman Web: www.ceritaapasaja.com
salam satu malaysia,
saya nak tanya macamana nak join as a member of PEN? sebab masa saya di sekolah menengah pernah jadi ahli tapi selepas berpindah randah langsung saya tak dapat info tentang PEN. harap2 masih di ada nama dlm PEN. Terima kasih.